.::China: Yangdi – Xing Ping (2) ::.

Posted: April 22, 2013 in China, Vacation, Yangdi

Salam everyone,

DSC_0522

Pandangan samar-samar Sungai Li

Hari ni aku sambung cerita Yangdi – Xing Ping lagi. Untuk membaca cerita yang lepas, sila klik pautan di bawah:

.::China: Yangdi – Xing Ping (1) ::.

DSC_0525

il deo ha gi il eun gwiyomi, ee do ha gi ee eun gwiyomi.. eh #tetiba

OK la, sebenarnya kami tak sendu pon. Gembira je, tawakal dan yakin pada pertolongan Allah. Cuma kami risau juga, tak pasti berapa jauh lagi perjalanan kami, sempat ke kami tiba di Xing Ping sebelum bas terakhir bertolak ke Yangshuo.

DSC_0532

Cuaca amatlah sejuk ditambah pula dengan hujan renyai-renyai tu. Lens kamera dah mula tak nak bekerjasama. Berkabus je masa ambil gambar. Geram jugak la, tapi padan la muka sendiri kan. Sapa suh jalan? Sapa? hehe..sendiri yang nak jalan kannn..trip bajet katanya.

Kadang-kadang kami berhenti seketika, sekadar untuk menghayati pemandangan sekeliling. Melihat feri dan bot bersilih ganti menyusuri sungai, serta kelibat pelancong yang nampaknya pelik melihat kami berempat yang tersadai kat tepi sungai tu.

DSC_0527

Walaupun kecewa dengan kamera yang berkabus, kami masih juga terus berjalan menyusuri Sungai Li yang sangat memukau pandangan. Tak puas-puas mata memandang. Setiap sudut, setiap detik, rasanya tanak terlepas setiap inci pon pandangan kepada bumi Tuhan yang sangat indah ini. Mata adalah kamera yang paling berharga. Jadi, aku mengambil kesempatan sebanyak yang mungkin untuk terus menikmati pemandangan ini dan simpan kemas-kemas dalam ingatan.

DSC_0537

Jalan punya jalan, tak sedar dah lebih sejam masa berlalu.

DSC_0541

Kami teruskan perjalanan, sehingga satu ketika langkah kaki berhenti. Di hadapan kami hanya ada air dan ….pagar! Alamak, macam mana nak lalu ni? Dah kata tadi kena tipu kan, entah kat mana-mana pakcik rakit tu turunkan kami dan sekarang dah sampai jalan mati pulak. Ku pandang kanan dan kiri, dan kami saling berpandangan. Apa nak buat ni? Kami mendekati pagar tersebut. Manalah tahu boleh dibuka dan tak berkunci kan?

DSC_0540

Tetapi hampa. Bermangga pula.

DSC_0542

“Panjat je lah. Boleh lalu kat tepi tu..” 

Kami berfikir seketika.. dan membuat keputusan. Ok..mari kita panjat. Pagar tu tidak lah tinggi pun. Boleh saja nak panjat. Tapi risau juga, kalau-kalau kami termasuk ke kawasan larangan. Kami dapati kalau kami melepasi pagar pun, tiada tempat nak jalan. Ada tebing kecil je menyusur sungai. Nampaknya macam kena naik ke atas bukit. Dalam hati cuak jugak nih, ishhh jangan fikir bukan-bukan. Semuanya akan selamat.

DSC_0547

Jadi memandangkan dah tiada pilihan lain, kami pun memanjat pagar. Tiba-tiba dengan tak semena-mena kedengaran bunyi siren. Ahhh sudahhhh, apahal pulak ni. Kecut perut. Dah masuk kawasan larangan ke? Pasukan penyelamat datang menyelamatkan kami ke? Tapi kami tak minta tolong pun. Semakin lama bunyi siren semakin dekat. Suspen. Suspension = Suspen + Tension. Kaki macam dah melekat ke tanah. Nak bergerak pun takut.

Lama kelamaan, bunyi siren semakin jauh. Bot bersiren berlalu pergi. Nampaknya, bukan kami yang dicari. “Bukan, kita tak buat salah.” Fuuhhhhhhh lega. Haha nak takut tak tentu pasal kan. Gila tak takut? Ni bukan kat Malaysia oiii…ni tempat orang. Jadi, memang wajar lah kami rasa cemas tadi.

DSC_0549

Bot bersiren itu…ne no ne noooo

Seterusnya selepas berjaya memanjat pagar, kami harus mendaki bukit yang sedikit curam untuk menyusur sungai. Kat situ tebing sungainya kecil sangat. Jadi susah nak jalan. Tawakal saja lah, agar perjalanan kami dilindungiNya. Apabila tiba di atas, kami nampak ada trek. Alhamdulillah, bila ada trek maknanya ini memang laluan orang lalu lalang. Kami pun terus menyusuri Sungai Li, tapi dengan berhati-hati. Kawasan hutan, mulut jangan cakap sesuka hati, kang keluar haiwan-haiwan yang tak disangka-sangka nanti..siapa nak jawab tu?

DSC_0550

Akhirnya kami jumpa trek

Sebelum sambung cerita, aku nak kongsikan doa masuk hutan untuk panduan bersama:

DOAMASUKHUTAN1

Semoga bermanfaat

Perjalanan diteruskan lagi. Aku pun dah tak ingat dah berapa lama kami berjalan. Sesekali penat, kami berhenti. Kemudian, sambung perjalanan. Disebabkan hujan, jalan pun licin apatah lagi jalan bertanah ni. Aku sendiri pun tergelincir masa sedang asyik mengambil gambar. Mujur tak tergolek ke bawah.

DSC_0565

Pemandangan dari tepi sungai

Laluan trek yang kami lalui sukar dijangka. Sekejap kami kat atas, sekejap kat bawah. Tak kisah lah, janji sampai ke destinasi. Semakin lama kami berjalan, kami semakin yakin kami telah berada di laluan yang betul.

Ni ada satu tips kalau anda trekking di kawasan ini. Kalau rasa-rasa macam dah sesat barat tu, terus sahaja mengikut sungai. InsyaAllah anda akan selamat sampai ke destinasi.

DSC_0568

Lalu atas tembok pulak

Jalan punya jalan, akhirnya sampailah ke sebuah kampung. Nama kampung ni Quanjiazhou. Aku cepat-cepat buka peta untuk pastikan di mana lokasi kami berada. Tetapi hampa. Lokasi kampung ni tiada dalam peta. Aku ni pun satu, peta ni lah satu-satunya yang aku ada. Boleh la nak buat pedoman, tapi tak menyeluruh la. Sekadar ada nama bukit-bukau je. Nama kampung tak ada.. 😦

Walaupun tiada lokasi kampung ni dalam peta kami, kami tetap bersyukur. Sebabnya, di sini banyak rakit-rakit buluh yang sedang menunggu. Kalau tengok peta, seharusnya pakcik rakit tu bawa kami ke sini untuk trip rakit yang kedua. Memang kurang ajar la pakcik tu kan.

DSC_0569

Kampung Quanjiazhou

Kami disapa oleh dua orang wanita separuh usia yang mempelawa kami menaiki rakit buluhnya. Tapi kami tolak dengan baik. Aku keluarkan peta dan bertanya kepada mereka berdua tentang lokasi kami.

“Tolonglah makcik bagitau aku, kitorang ni kat mana sebenarnya.”

Haha. Tipulah aku cakap macam tu kan. Nak bertanya dalam bahasa Inggeris pun mereka tak faham, sudahnya gunalah bahasa isyarat sahaja.

Kedua-dua makcik itu bersungguh-sungguh mengkaji peta dan kemudian jarinya menunjukkan ke satu tempat: GRANDPA WATCHING APPLE!

Mak aih dari tadi aku berjalan, baru sampai situuuuuu? Now I realized, we are too far-far away from our destination (Speaking pulak). Jadi langkah kaki harus lebih cepat. Kalau tak malam nanti baru sampai Xing Ping.

guilin-li-river-trekking-map

Makcik dua orang tu masih memujuk kami untuk naik rakitnya. Dia kata jauh lagi nak sampai Xing Ping. Ya, memang aku tahu jauh lagi. Tapi aku tanak naik rakit. Aku nak jalan kaki sampai sana. Nasib baik dorang tu ok, lantas menunjukkan jalan. Aku pon melambai -lambai dengan lambaian hangat dan mengucapkan terima kasih daun keladi sebelum meneruskan perjalanan.

DSC_0571

Terima kasih .. xie xie 🙂

Entahlah, dalam hal macam ni, susah untuk aku menilai siapa yang benar-benar mahu membantu dan siapa yang hanya mengambil kesempatan. Aku pun pernah ditipu dan tertipu, dan pernah juga dibantu oleh insan yang benar-benar berniat mahu membantu. Kalau ikutkan, makcik dua orang tu pun boleh je kalau nak tipu kami kan. Tapi Alhamdulillah, mereka sememangnya berniat untuk menolong kami walaupun kami tak naik rakit mereka.

Perjalanan masih jauh dan harus diteruskan. No turning back.

Tapi plan B mesti ada kan. Plan B kami ialah..kalau agak-agak dah lambat, terus naik rakit sampai ke Xing Ping. Kalau tak sempat kejar bas akhir dari Xing Ping, kami akan bermalam je kat sana.

Aku berhenti kat sini dulu. Nanti sambung lagi.

…To be continued..

Advertisements
Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s