.::China: Yangdi – Xing Ping (1) ::.

Posted: April 16, 2013 in China, Vacation, Yangdi

Hi everyone! Ni hao!

Nak sambung cerita tentang perjalananku ke China, kali ni dalam satu ekspedisi hebat, kiranya macam ‘highlight’ of the journey. Sungguh, ini pengalaman yang paling mengujakan. Kami berjalan kaki menyusur Sungai Li dari Yangdi ke Xing Ping, dalam hujan selama 6 jam sepanjang 20 km! Fuuu~ Tak percaya? Percayalah…

Macam mana timbul idea trekking ni ye..? Mula-mula aku ingat nak naik feri je dari Yangdi ke Xing Ping. Perjalanan menaiki feri memakan masa lebih kurang 2.5 jam. Tapi masa aku cari maklumat pasal feri ni, tiba-tiba aku terbaca tentang pengalaman orang lain yang pernah trekking sepanjang Sungai Li ini. Jadi aku pun terus tukar perancangan, daripada naik feri terus berjalan kaki! Berani takkkkk…haha kat tempat orang bukan main nak jalan kaki bagai, kat tempat sendiri…hampeh! Alasan kat tempat orang cuaca sejuk boleh pakai tak? Haha..

DSC_0479Jeti Yangdi yang aman damai

Boleh dikatakan sepanjang 7 hari perjalanan, hari ini hari yang paling dinanti-nanti. Perjalanan bermula dari Yangshuo dengan menaiki bas. Tambang bas dari Yangshou ke Yangdi adalah 9 Yuan dan mengambil masa hampir sejam. Cuaca nampaknya tidak menyebelahi kami. Dalam perjalanan, hari bertukar mendung dan rintik-rintik hujan mula turun membasahi bumi. Aku dah mula pasrah.. “alaaa..takde rezeki nak trekking.. 😦 “. Mula la terfikir nak tukar perancangan kepada yang asal. Tapi selagi belum sampai ke destinasi, aku tetap dengan pendirian yang pertama, teruskan berdoa agar ada rezeki untuk trekking. Semangat nih!

Sampai saja ke jeti Yangdi, hari masih hujan. Alah, sedih. Turun dari bas, kami dikerumuni orang-orang tempatan yang nak jual poncho dan payung. Aku tak beli, sbb dah bawa poncho siap-siap. Ini juga salah satu tips melancong, bawa poncho siap-siap. Terutamanya bila melibatkan aktiviti luar. Nak bawak payung macam leceh kan, jadi poncho lebih mudah dan tuntas. Tapi kalau nak beli pun takde la mahal sangat, 5 Yuan je. Motif nak kedekut? Haha..

Orang lain, bila turun bas terus menuju ke feri, bot atau rakit. Tapi kami terpinga-pinga je. Tak tahu ke mana nak dihalakan kaki nih. Poncho dah siap dipakai sejurus lepas turun dari bas. Hujan pun turun, tapi tidak la lebat. Aku rasa masih boleh kalau kami trekking. Cuma masalahnya sekarang, aku tak tahu ke mana harus aku tuju untuk mendapatkan pengangkutan ke seberang. Rujuk peta di bawah, berikut adalah laluan untuk trekking bermula dari Yangdi ke Xing Ping.

guilin-li-river-trekking-map

Laluan Trekking

Memang jauh kan, tapi percayalah. Tak akan menyesal.

Setelah mundar-mandir hampir sepuluh minit kerana rimas dikerumuni makcik-makcik yang cuba menjual poncho dan payung, aku mengambil keputusan untuk ke kaunter pertanyaan. Kaunter ni menjual tiket feri sebenarnya. Tapi aku anggap je lah kaunter pertanyaan. Di kaunter ni aku bertanyakan bagaimana caranya untuk ke seberang, dan aku nyatakan yang kami ingin berjalan kaki ke Xing Ping. Dengan pantasnya penjaga kaunter menjawab:

No walking..no walking.. raining!!!“.

Hambek kau. Sebenarnya aku tahu, dia nak jual tiket feri. Harganya hampir 300 Yuan. Tak kuasa aku.

DSC_0478Jeti Yangdi dan bukit berkabus

Jadi, aku kembali ke jeti. Di depanku terbentang pemandangan yang sangat indah. Cantik. Tak terkata. Terpesona. Beberapa minit termenung, akhirnya kami disapa oleh seorang makcik. Dia menawarkan rakit buluhnya untuk membawa kami ke Xing Ping dengan harga yang…errr mahal la kan. Tapi aku minta dia hantarkan kami ke seberang. Ke permulaan laluan trekking dan kemudiannya menyeberang lagi untuk ke laluan seterusnya (Rujuk peta di atas). Mula-mula dia kurang jelas. Akhirnya aku tunjukkan peta. Dia nampaknya faham.

Kalau rujuk peta di atas, rakit perlu bawa kami 2 kali menyeberang sungai. Kali ke-3 tu tak perlu, sebab perkhidmatan rakit kat situ disediakan oleh penduduk kampung kawasan tu. Masa tu memang susah betul nak berkomunikasi. Kena guna bahasa isyarat dan badan. Dah macam seniman jalanan rasanya. Buat aksi berjalan, berlari, naik rakit dan sebagainya nak bagi dia faham. Setelah aku yakin dia faham, dia tawarkan harga. Kami tawar lagi, sampai kedua-dua pihak setuju. Lepas tu baru kami dibawa ke rakit..err so called rakit la kan, walaupun bukan rakit sebenar. Rakit batang paip.

DSC_0482

Rakit sangat.. hehe

Kalau tanak bersusah payah macam aku, boleh saja sewa terus rakit tu sampai la ke XingPing. Tapi tatau la kena berapa. Mungkin ratusan Yuan. Tapi semestinya lebih murah daripada feri.

Lantas tanpa membuang masa kami pun naik ke atas rakit. Duduk dengan senang hati dan sibuk ambilΒ² gambar. Perjalanan tenang, hati pun girang melihat pemandangan yang indah luas terbentang di depan mata. Sesekali feri lalu di sebelah kami, dan kami pun melambai-lambai penumpang di dalamnya. Segalanya nampak indah pada pandangan mata. Syukur, kerana diberi peluang olehNya untuk kami menyaksikan semua ini.Β Mari layan gambar-gambar dari atas rakit..

DSC_0486

DSC_0484

DSC_0507

This is real!

DSC_0505

Feri dari Yangdi ke Xing Ping

Setelah hampir 15 minit berada di atas rakit, akhirnya pakcik rakit berhenti di suatu tempat. Kami rasa dah sampai ke permulaan laluan trekking. Lalu kami pun turun. Pakcik tu turun juga dan terus lesap. Belum sempat aku bertanya ke mana kaki perlu melangkah. Aku juga nak minta kepastian untuk dia tunggu di jeti seterusnya. Jeti kedua untuk aku menyeberang sekali lagi. Aku syak pakcik tu pergi melabur kat celah-celah pokok kat kawasan tu. Kami pun menunggu. Lepas 5 minit, dia muncul. Cepat-cepat dia naik ke rakit, melepaskan tali rakit untuk terus beredar. Kami pergi mendapatkan dia dan bertanya. Tapi dia tak faham. Tangannya menghala ke arah depan, menyuruh kami menyusur sungai ini. Aku anggap dia akan tunggu di depan sana. Tapi tak sedap hati sebab rasa macam dah kena tipu. Gayanya yang nak cepat beredar tu membuatkan aku rasa kami dah kena tipu. Ok, serius memang aku dah kena tipu.

DSC_0514

Pakcik rakit turunkan kami kat sini

DSC_0513

Pemandangan sekeliling. Memang takde trek. Mari jalan atas batu.Β 

Jadi, aku buka balik peta. Cuba-cuba agak kat mana lokasi kami. Sixth sense aku kuat mengatakan kami diturunkan sebelum Brush Tip Peak (rujuk peta di atas). Gila! ini bukan laluan trekking! Patutnya kena mula dari seberang sana, bukan sini. Ahhh sudahhhh. Habis macam mana nih nak menyeberang nanti. Berenang??

Sambil membebel sebab kena tipu, sambil berjalan.

“Okeh, yang tu nanti kita fikir. Yang penting posing dulu.”Β 

DSC_0516

Setelah ditinggalkan oleh pakcik rakit, dengan sendunya kami meneruskan perjalanan…dalam hujan renyai-renyai.. dan kesejukan yang menggigit tulang.

DSC_0521

Suka gambar ni.Β 

..bersambung

Advertisements
Comments
  1. PM says:

    view yangdi -xingping ni memang awesome! terbayang-bayang lagi…

    korang memang hebat, tracking tu! πŸ™‚

  2. Fird says:

    Aku berimiginasi seperti perjalanan Frodo ke Mordor dalam LOTR. Cuma versi China hehehe. I loike!

    • Maz Arifa says:

      Kauuuu! lama x komen kat blog aku kan! (padahal aku yang dah lama tak update haha)..
      Kitorg berimaginasi kalau ko ade bersama, sure kepochi punyaaa.. haha

  3. […] .::China: Yangdi – Xing Ping (1) ::. […]

  4. […] .:: China: Yangdi – Xing Ping (1) ::. […]

  5. sai says:

    best gila trekking…syabas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s