— Diari Jogja: Hari ke 2 —

Posted: April 17, 2011 in Indonesia, Jogja Solo, Vacation

(Entri lama terperam dalam draf.. hehe)

.. sambungan dari episod sebelumnya..

Diari Jogja : Hari 1 Bahagian 1

Diari Jogja : Hari 1 Bahagian 2

Hari ke-2, di pagi yang hening, di depan hotel Gloria Amanda, sambil menunggu bas Pariwisata datang menjemput kami.

Kesan Letusan Merapi

Dalam perjalanan menuju ke Candi Borobudur, kami melalui kawasan yang terjejas akibat letusan Merapi. Ketika itu, kawasan ini dipenuhi debu dan pasir hitam yang tebal, hampir menenggelami bangunan dan jalan yang ada di kawasan itu. Ketika kami berkunjung ke sana, kejadian letupan Gunung Merapi belum sampai 2 bulan. Ada juga rasa takut, kalau-kalau Merapi meletup lagi.

Aku tak pasti di mana letaknya kawasan ini, tapi rasanya ianya dalam lingkungan 30km daripada Gunung Merapi. Memang kita tak dapat bayangkan bagaimana agaknya keadaan semasa letupan Merapi tu berlaku. Mesti habis berterbangan semuanya. Masa lawatan ni, mereka sudah mula mengorek pasir dan membersihkan jalan yang ditenggelami debu dan pasir. Difahamkan, pasir ini kemudiannya dijual. Ada juga yang dieksport ke luar negara. Dikatakan, pasir dari gunung berapi memang bagus kualitinya, terutamanya dalam industri pembinaan.

Candi Borobudur

Orang kata, The Signature of Jogja. Takde makna ke Jogja kalau tak ke Borobudur. Tapi sebelum sampai ke kaki candi, harus melalui selaut penjual yang merimaskan. Belum turun dari bas dah diserbu. Sesekali terasa cam artis. Dikejar dan diikuti, nasib baik tiada insiden tarik menarik berlaku. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menjual kepada kita. Tak boleh salahkan mereka, mereka terdesak mencari sesuap nasi. Mereka melakukan segala-segalanya demi mencari rezeki. Entah di rumah, anak-anak menantikan sesuap nasi dari ibu.

Kita masih beruntung. Masih punya kerja. Masih punya gaji untuk dinikmati bersama keluarga.

Kami diekori penjual hingga pintu masuk candi ini. Selepas itu, kami boleh bernafas lega. Tapi hanya seketika, kerana mereka akan menunggu dan mengejar kita semula bila kita keluar dari candi ini.

Para penjual melambai-lambai..

Melepasi pintu masuk, kami kena berjalan kaki lebih kurang 500 meter sebelum tiba di kaki candi. Dari kejauhan si candi sudah kelihatan, maka perjalanan di tengah panas tidak terasa. Hati teruja melihat Borobudur.

Candi Borobudur, didirikan pada tahun 800 Masehi. Candi ini merupakan candi yang terbesar binaannya yang digunakan untuk upacara keagamaan orang Buddha. Ketinggian candi lebih kurang 42 meter, dan dibina menggunakan kira-kira 2 juta batu blok. HuiyoOOo. Candi terdiri daripada tiga lapisan iaitu kaki, badan dan kepala. Setiap bahagian kaki, badan dan kepala dibina dalam nisbah 4:6:9.

Malangnya nasib kerana aku tak berpeluang untuk masuk ke dalam candi. Ketika lawatan ini, bahagian dalam candi ditutup kerana dilitupi debu Merapi. Kerja-kerja pencucian sedang dijalankan, dan kami hanya dibenarkan melawat kawasan sekeliling sahaja.

Tak bleh naik, jalan kat bawah je lahh..

Puas sudah bertawaf, rehat seketika. Amek angin dari atas bukit, terlihat juga kelibat Merapi yang bersembunyi di balik awan.

Cantik kan? Tapi takde sape bleh membayangkan bila dia mula memuntahkan lahar panas dan debu-debu hitam dari perutnya..

Hasil pasir yang menutupi Borobudur dikumpulkan di satu tempat

Batu-batu blok yang dah pecah pon dikumpulkan di satu tempat

Selesai lawatan di Borobudur, kami pon menuju semula ke tempat bas. Sebelum sampai ke bas, kami dicadangkan melalui tempat-tempat jualan ni. Tapi peniaga kat sini tak ekstrem sangat, dia hanya menunggu pelanggan datang untuk membeli. Kat sini aku rasa selamat, membeli-belah dengan aman damai.

Banyak barang di jual di sini, yang paling banyak adalah cenderahati macam kat bawah ni. Selain tu ada juga jualan baju, beg dan lain-lain. Aku mencari fridge magnet tapi tak jumpa. Kat sini fridge magnet tak popular. Agaknya rumah mereka takdek peti sejuk.

Harga kat sini bleh tahan juga. Takde la mahal sangat,tapi takde la murah sangat kot. Contohnya macam harga kereta kayu kat dalam gambar tu, Rp 20K, lebih kurang RM8. Murah ke mahal erk? Aku rasa cam murah je. Itu belom tawar menawar lagi.

Oleh kerana para peniaga kat sini tidak mendesak gila-gila, jadi aku adalah juga membeli baju untuk sedara mara. Mereka pun ramah tamah, baik budi pekerti. Terima kasih, kerana melayan tanpa jemu.

Selepas melalui kawasan jualan, kami jadi artis semula. Dikejar oleh para penjual di jalanan yang setia mengekori ke sana ke mari. Kalau kita tak mahu beli, ucapkan saja “Terima kasih pak..” . “Terima kasih buk..”, dan jalanlah terus ke depan. Bersopanlah walaupun mereka tak berapa sopan. Ingatlah kita berada di tempat orang, jangan sesuka hati nak marah tak tentu pasal. Kang kepala kita yang pecah.

Maka berakhirlah lawatan kami ke Borobudur. Walaupun terselit rasa terkilan kerana tak dapat masuk ke dalamnya, tapi aku rasa puas juga. Mungkin ada rezeki di lain hari, untuk aku takluki si candi ini.

Jogja, I’ll definately be back again for you!

.. bersambung

Advertisements
Comments
  1. en_me says:

    sonok kann gi jalan2 tewww.. ehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s