— Diari Jogjakarta: Bahagian 1 —

Posted: January 6, 2011 in Indonesia, Jogja Solo, Vacation

Edisi percutian tahun 2010 diakhiri dengan satu lagi destinasi penuh sejarah, kota Jogjakarta. Kali ini perjalanan yang agak berbeza, kerana aku ditugaskan oleh bapa saudaraku untuk menguruskan rombongan ini. Sepatutnya dia ikut serta, tapi di saat akhir segalanya berubah apabila pada tarikh keberangkatan kami ke Jogja, dia masih berada di Tanah Suci Mekah.

Oleh kerana sudah beberapa kali aku berpeluang mengikutnya membawa rombongan, jadi dia percaya aku mampu menguruskan rombongan kali ini. Sudah tentulah bukan aku seorang, kalau tak haru biru juga jadinya. Pakcik Mat, kawan baik bapa saudaraku juga diminta membantu menguruskan ahli rombongan yang rata-ratanya datang dari Pahang.

18 Disember 2010, kami berlepas ke Jogja. Aku akui agak penat, kerana 2 hari sebelumnya aku juga sibuk menolong abangku berpindah rumah. Dalam perjalanan yang memakan masa 2 jam 15 minit, aku mengambil kesempatan untuk tidur. Walaubagaimanapun tidur ku tidak nyenyak, cuaca yang agak buruk menyebabkan kapal terbang sedikit terhuyung-hayang. Aku pening hingga hampir muntah. Mujur dapat ku tahan.

Setibanya di Jogja, pemandu pelancong sudah menanti. Bapak Imam Widodo, sudah lebih setahun tidak bertemu. Sebelum ini kami pernah berjumpa, ketika di Malaysia. Beliau datang berkunjung ke rumah bapa saudaraku semasa perkahwinan anaknya, dan akulah yang menjemputnya dari lapangan terbang dan membawanya ke Kuala Lipis. Kali ini bagai kunjungan balas, dia pula akan menjaga kami sepanjang tempoh kami berada di Jogja.

Kraton Jogjakarta


Kraton, Keraton, Karaton, keraton.. semuanya sama. Berasal dari perkataan Ke..ratu..an, kraton merupakan tempat kediaman raja mereka, yang dipanggil ratu (Ratu merupakan panggilan untuk Raja di sana). Kompleks kraton ini amat luas, malah raja mereka masih lagi bersemayam di sana. Sebahagian daripada kawasan kraton merupakan muzium. Di muzium-muzium inilah koleksi raja terdahulu diabadikan dan disimpan untuk tatapan generasi akan datang. Generasi akan datang ini sepatutnya tahu peranan raja-raja mereka terdahulu di masa Kesultanan Yogyakarta yang turut sama berjuang menentang penjajah Belanda sehinggalah negara mereka mencapai kemerdekaan dan menjadi negara Republik. Kini, walaupun negara mereka tidak dipimpini secara langsung oleh Sultan, namun keturunan sultan ini tetap mendapat penghormatan dan keistimewaan.

Sebenarnya, bukan mudah untuk melalui jalan ke Kraton ini. Kami terpaksa merempuhi halangan-halangan dari penjual (ya, penjual sebegini memang lazim di Indonesia) yang menjual pelbagai jenis barangan. Aku langsung tidak berminat untuk membeli. Mereka mengekori sehinggalah kami melintasi pintu masuk istana.

Kraton Jogjakarta telah dibina lebih 200 tahun yang lalu. Kini, sultan mereka iaitu Sri Sultan Hamengkubuwono X merupakan sultan yang ke – 10. Walaupun kraton ini dibuka kepada umum, namun ada beberapa bahagian dalam kraton tersebut tidak boleh dilawati, antaranya Gedhong Jene (tempat kediaman rasmi Sultan) dan Keputren (tempat kediaman isteri dan puteri Sultan yang belum berkahwin).

Kami dibawa melawat sekitar kawasan kraton oleh seorang jurucakap (maaf, aku lupa namanya). Awal perjalanan menelusuri kehidupan seorang raja, kami dihidangkan oleh sebuah persembahan. Tak pasti apa nama persembahannya. Tapi seakan-akan wayang kulit. Ada sebuah skrin besar, ada patung-patung wayang, ada Tok Dalang, dan ada alunan muzik tradisional. Persembahannya nampak menarik, tapi malangnya dalam bahasa Jawa. Walaupun aku membuka telinga seluas-luasnya, aku takkan dapat memahaminya. Lalu aku mundar-mandir saja di sekitar kawasan persembahan tersebut, mengambil gambar dan bergambar sambil feeling-feeling macam anak raja.. (“,)

Melepasi pintu masuk kraton, ada tapak persembahan ini

Pentas persembahan

Ahli rombongan rehat seketika

Sudah tentunya kami tidak menunggu sehingga habis persembahan, cukup sekadar pakcik dan makcik dapat melepaskan lelah buat seketika. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke kawasan seterusnya. Kawasan ini agak lapang, ada lapangan di tengah-tengah dengan bangunan di sebelah kiri dan kanan. Jurucakap (maaf, aku masih gagal mengingati namanya) memaklumkan salah satu bangunan yang ada di situ merupakan kediaman Sultan sekarang. Ianya dikenali dengan nama Gedhong Jene (The Yellow House). Kami tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Cuma boleh lihat dari jauh, intai-intai pon tidak boleh :P.

Ibu ini namanya siapa ya.. <(*~*)>

Gedhong Jene (tempat kediaman Sultan)

Halaman kraton

Kemudiannya, kami masuk ke kawasan muzium-muzium. Ada beberapa muzium di sini, kesemuanya menyimpan koleksi peribadi dari sultan-sultan terdahulu hinggalah sekarang. Sesiapa yang meminati sejarah, tentu saja leka bila berada di sini. Dari sekecil-kecil barang peninggalan hinggalah yang sebesar-besarnya masih disimpan dan dijaga rapi di dalam muzium-muzium ini. Ini termasuklah sarung tangan, pakaian, dapur memasak, meja tulis, cenderahati, jam dan sebagainya. Tapi ada beberapa koleksi yang menarik perhatian:

Aiyo.. garam, gula, ajinomoto yang penah digunakan sultan pon dipamerkan jugak? Mungkin sebab jarang kita dengar sultan memasak, sebab tu la mereka simpan segala bahan masak ni. Ada sentuhan seorang sultan.

Dapur ni pernah digunakan Sultan ke 9. Mengimbas nostalgiaku sewaktu kecil dahulu

Meja yang pernah digunakan oleh Sultan yang ke-9

Gambar Sultan ke ? – tak ingat

Penjaga muzium

Potret Sultan

Ini ape ya? Macam penggelek nak wat kuih..

Sebelum menamatkan sesi lawatan di kraton ini, kami sempat mengambil gambar sebagai kenang-kenangan πŸ™‚

Ahli rombongan kami

Selesailah lawatan sambil belajar di Kraton Jogja. Kesemua ahli rombongan mula merasa lapar. Kami tahu agenda seterusnya adalah makan tengah hari. Masakan jawa. Kalau perut dah lapar, makan apa pun rasa sedap!

Sebelum mengakhiri entri ini, ingin ku persembahkan..jeng jeng jeng..

Inilah gambar Sultan sekarang, Sri Sultan Hamengkubuwono X. Gambar ehsan dari Pak Imam. Pak Imam berdiri nombor 3 dari kiri (sebelah baju merah) dan sultan yang ditengah-tengah (sebelah baju biru pakai blangkon tu). Ketika ini acara Kenduri Bareng (bukan kenduri baring). Kenduri ini diadakan untuk memohon kesejahteraan dan keamanan, dan biasanya Nasi Tumpeng (nasi yang berbentuk segi tiga tu) dimakan selepas berdoa.

Huu dah banyak sangat cerita pasal kehidupan raja-raja nih.. nanti aku sambung lagi ye.. bahagian ke-2Β  pulak..Β  <(*^*)>

 

Advertisements
Comments
  1. alis says:

    salam.plan nk ke solo-jogja 26-29jan2013, agk2 leh rekomen supir?
    Tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s