— Jakarta : Hari 4 dan 5 —

Posted: February 9, 2010 in Hobby, Indonesia, Jakarta, Vacation

Oleh kerana hari ke 3 tak banyak gambar, maka hari ke 4 ni aku tepek la gambar banyak2..untuk memuaskan hati aku..hehhee..

So ape kami buat ari ni? Sudah semestinya agenda shopping lagi dan juga lawatan ke tempat-tempat menarik di Jakarta. Awal pagi lagi kami dah bersedia untuk

Bus stop dibina di tengah,ala-ala stesen lrt mini dan bersebelahan laluan bas.

Kitorg kuar awal pagi untuk turut sama merasa tekanan kesesakan lalu lintas di tengah-tengah kota Jakarta. Boleh tahan jem nya, keta pulak sukati je nak masuk sana sini. Kat sini, laluan bas awam dibina berasingan dengan kenderaan lain, so sape naik bas tak merasa la jem.

Destinasi pertama adalah Tugu Monas, tugu kebanggaan rakyat Indonesia. Monas, singkatan daripada “Monumen Nasional” ini merupakan simbol rakyat Indonesia yang berjuang untuk kemerdekaan negara mereka. Tingginya 128 meter, berpuncakkan emas seberat 50kg. HuiyoooooOOo..

Cuaca masa ni agak mendung sebab baru lepas hujan…

Ahli rombongan kami

Tak disangka-sangka masa tgh sibuk amek gambar kat sini, tiba-tiba ade sebuah kete 4WD berhenti dan turunlah seorang lelaki datang kat group kitorg. Aku buat dunno je lah, mana aku kenal dia kan. Pastu, tour guide bgtau itu Gabernor Jakarta, Fauzi Bowo..Lahhh..apesal dia sanggup turun dr kete dia dah bergambar ngan kitorg. Mesti sebab kitorg best..ahahhahaha. Ape pun time kasih pak, sebab sudi menyapa dan bergambar dengan kami.

Selesai di Tugu Monas, kami dibawa pusing-pusing sekitar kota Jakarta. Banyak building yang menarik, tapi kebanyakannya bangunan berkaca nih lah. Cantik tapi x mesra alam.

Lepas tu, kami dibawa ke Taman Mini Indonesia Indah, ala-ala Mini Malaysia. Kat sini ada banyak model rumah yang terdapat di Indonesia macam rumah Minang, umah Jambi, umah Medan, umah Bali dan sebagainya. Kalo kat Mini Malaysia kena jalan kaki dari satu umah ke satu umah, kat sini bas pelancong dibenarkan masuk untuk bawak pelancong dari satu umah ke satu umah yang lain. Kalo tak pun leh naik keretapi ataupun cable car sebab tempat ni memang luas gile. Tak mungkin lah nak jalan kaki.

Kami berhenti kat 2 tempat saje, iaitu umah Minang dan umah Papua. Kat umah Minang ni ade pertunjukan monyet kecik ni yang telah menghiburkan aku sepanjang hari.

Tuan dia cakap “Rempit”, si kecik ni pon amek moto dia dan pegi merempit.

Tuan dia cakap “meniarap”, si kecik ni pon amek senapang dan meniarap

Last-last mintak la sumbangan dari penonton

Tapi aku bagi dia gula-gula. Pandai bukak sendiri.

Hentian kedua ialah Rumah Papua. Tak pegi Papua, dapat pegi model umah Papua pon jadiklah..

Umah Papua yang atapnya tinggi melangit. Ada cable car juga di atas sana. Murah je naik cable car around Rp 25k Β (RM 9). Tapi aku tak naik sebab kesuntukan masa.

Yang ni pon umah Papua jugak. Macam mana le dorang hidup dalam umah ni erk.. bilik takde, just ruangan utk duduk dan masak je.

Lepas Mini Indonesia, kami pergi pulak ke Lubang Buaya. Lubang Buaya ini begitu menyentuh hati setiap rakyat Indonesia, tempat mengenang peristiwa berdarah enam orang jeneral mereka terkorban demi kemerdekaan negara mereka. So kalo pegi sini jangan menceceh yang bukan-bukan, nanti kang kena pulak tak pasal-pasal.

Kat sini ada 3 seksyen, yang pertama tugu nih lah. Ada patung 6 orang jeneral mereka yang terkorban.

Yang kedua, rumah (serambi) penyeksaan ni. Tempat di mana 4 orang jeneral mereka diseksa sampai mati. Lepas dibunuh, mereka dicampak aje ke dalam perigi.

Dalam rumah penyeksaan ni, ada la gambaran bagaimana mereka semua diseksa sampai mati. Masa ni, ada lah audio dialog mereka dimainkan sepanjang masa.

Yang ketiga, lubang buaya. To be exact, perigi tempat mayat mereka dicampakkan. Gambar lubang buaya (perigi) tu aku x amek pulak. Macam scary lah. Aku rasa macam seram-sejuk je bila ade kat sini. Bukan aku je, my sista pun rasa mcm tu.

Signboard tepi lubang buaya

Lepas Lubang Buaya, kitorg pegi shopping. Last shopping untuk menghabiskan duit yang ado kat ITC Cempaka Mas. Kat sini samalah jugak mcm Pasar Baru di Bandung, ada barangan kulit, tekstil, baju, kasut, telekung dsbnya. Harga boleh tawar, ikut kepandaian kita lah.. kalo pandai pujuk, dpt lah tawar banyak..kalo tak, memang dorang x bagi. Aku habiskan masa hampir 3 jam di sini, campur 1/2 jam sesat tak jumpa jalan keluar.

Lepas shopping, kami menuju ke ke Masjid Istiqlal, masjid terbesar di Jakarta untuk solat Maghrib. Masjid ni dibina sebagai simbol kemerdekaan Indonesia. Alhamdullilah, dapat juga aku merasa bersolat di sini. Ada sebuah gereja yang sangat besar dibina betul-betul bertentangan dengan Masjid Istiqlal ini. Dalam perjalanan ke sana, jalan dah mula jem sbb orang dah balik keje. Kami melalui Old Batavia, kat sini banyak bangunan lama peninggalan Belanda yang dijadikan pejabat dan kedai-kedai.

Muzium Mandiri

Stasiun Jakartakota yang selalu sibuk

Hari 5 : Last Day

Lepas bersarapan, kami terus bergerak ke airport. Flight pagi pukul 11.30. Pengalaman selama 5 hari di Bandung dan Jakarta xkan dilupakan. Terima kasih kepada tour guide yang comel-comel ni sebab dengan seikhlas hatinya membantu dan melayan kami sepanjang kami di sini.

Dari kiri: Aku. Cayo. E-in. Papa. Sista

InsyaAllah, kalau ada rezeki aku akan ke sana lagi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s