— Puncak – Jakarta: Hari 3–

Posted: February 4, 2010 in Indonesia, Jakarta, Vacation

Hari ke-3 ni memang hampas btol la. Tak banyak gambar. Tak boleh nak amek gambar sebab:

  • Sibuk shopping
  • Perjalanan dari Bandung ke Jakarta melalui Puncak memakan masa 5 1/2 jam. Duk dalam bas je takleh la nak amek gambar.
  • Dah sampai Puncak, hujan pulak. Lagi lah tak dapat amik gambar.
  • Sampai Jakarta dah malam, penat dan dah takde mood bergambar.

So, korang baca la catatan perjalanan aku tanpa gambar di hari ke 3 ni. Dah 2 hari di Bandung, hari ni kami bertolak dari ke Jakarta pulak. Tapi haruslah sebelum tu pergi shopping dulu kat Pasar Baru.

Pagi-pagi lagi kitorg dah sampai kat Pasar Baru. Kedai baru nak bukak, kitorg dah sibuk terpacak. Nak dpt harga “pecah telur” la katakan. Pasar Baru ni ada 7 tingkat.. kalo tak salah, tingkat 1 untuk telekung, tingkat 2 kain ela, tingkat 3 -5 baju laki dan pompuan, tingkat 6 food court dan tingkat 7 parking. Kalau datang sini kena sehari suntuk baru puas hati.

Berbanding Bandung dan Jakarta, ramai yang kata Bandung lagi murah dan senang tawar. Kalau Jakarta tu susah sikit nak tawar, lagipun Jakarta kan kota metropolitan, so banyak orang-orang kaya yang datang bershopping. Dorang agak sombong la nak tawar menawar. Mungkin sebab dorang tahu kalo kita tak beli pon takpe, ramai lagi nak beli. Β (Ini pandangan peribadi aku je..sbb pengalaman aku shopping kat kedua-dua tempat ni berbeza..)

Hampir 3 jam jugak kami berborong di sana, masing-masing dah mula beranak beg..tinggalkan sikit duit untuk dihabiskan di Jakarta pulak. Lepas makan tengah hari, kami terus bertolak ke Jakarta melalui Puncak.

Puncak adalah kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland. Ada kawasan ladang teh terbesar di kawasan Tanah Jawa. Apa yang menarik di Puncak ialah pemandangan yang sangat indah, cuaca yang sejuk, dan masjidnya yang sangat cantik. Juga jagung bakar dan ubi bakar. Kat sini hotel kecikΒ² je.. ada juga villa dan banglo untuk disewa kalo kita nak bermalam kat sini.

Kami sampai di Jakarta jam 6 petang. Baguslah, waktu tu tengah jem. Sesak btol. Kerana terlalu sesak, ada 1 jalan di situ telah ditetapkan minimum 3 orang dalam 1 kereta. Jadi, kete yang kurang dari 3 orang tak dibenarkan melalui jalan tu. Kalau nak lalu juga, mereka kena tumpangkan orang-orang yang sedang menunggu di tepi jalan, lepas tu baru leh lalu situ. Pelik kan? Pelik tapi benar. Peraturan ni terhad hanya kepada kereta persendirian saja. Polis akan bertugas memeriksa setiap kenderaan yang lalu kat jalan tu. Tapi aku rasa peraturan ni hanya dibuat waktu puncak je lah, waktu orang pegi dan balik keja.

Perut pon dah lapo, jadi kitorg di bawa ke tempat makan, Salero Jumbo.

Lepas makan, kami dibawa ke hotel, Losari Roxy. Nama hotel ni macam seksi je, tapi biasa je la.. so-so aje. Alhamdulillah ada juga tempat bermalam. Oleh kerana penat sangat dari pagi, aku dan sista amek hotel’s massage service. Full body massage, murah je Rp 150K.

Hotel Losari Roxy, simple saje

Esoknya, hari ke 4 adalah full day tour. Harus tido dengan nyenyak dan bersedia untuk soping lagik.. πŸ˜€

Advertisements
Comments
  1. Myself says:

    as usual.. i love ur story

  2. janji2hati says:

    yes..next time jom lah pegi skali πŸ˜€

  3. Myself says:

    pasti… asal u tk g ngan hubby… i follow hahaha

  4. janji2hati says:

    hehe.. ok kita plan bukan cuti skolah. Pasti dia x follow..

  5. iza says:

    nk tye yer..kalu g shopping kt bandung kalau guna kad kdit boleh x..ker kena tukr duit dl..

  6. janji2hati says:

    Hai iza,

    Ada kedai yang accept kedit kad. Tapi kebanyakannya di toko-toko la. Kalau kedai biasa2 selalunya takde.

    Kalau di Pasar Baru kat Bandung, kebanyakan kedai terima kedit kad terutamanya kedai2 kain tu. Mereka pon tahu org mesia selalunya beli banyak.. πŸ˜€ πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s