— Hari ke-2 : Bandung —

Posted: February 1, 2010 in Bandung, Cotton, Family, Hobby, Indonesia, Vacation

Pagi-pagi lagi dah bangun dan bersarapan di hotel. Makanan kat hotel ni memang banyak pilihan dan sedap juga. Kami isi perut sebelum meneruskan acara yang telah disusun sepanjang hari ini. Cuaca amat baik dan kedai-kedai juga sibuk melambai. Tapi malangnya pagi-pagi ini adalah acara lawatan ke tempat menarik di Bandung.

Menurut cerita orang zaman dulu, Kota Bandung yang terletak di kawasan pergunungan ni asalnya dulu adalah sebuah danau yang sangat luas. Ianya terbentuk akibat letusan gunung berapi beratus tahun dahulu. Kemudiannya danau ini semakin kering, dan disitulah terbentuknya Bandung. Di sini, banyak tempat yang namanya bermula dengan “Ci”, contohnya Cibaduyut, Cihampelas dan lain-lain. Ini kerana “Ci” ini bermaksud air/daerah air. Suhu di sini memang sejuk, sekitar 18 degree pada waktu malam, dan maksimum 25 degree pada waktu siang. Tu pasal la nak shopping pon seronok kat sini, nyaman!

Destinasi pertama lawatan adalah tempat wajib pelancong iaitu Tangkuban Parahu. Tangkuban Parahu (Perahu Terbalik) adalah tempat di mana ada gunung berapi, yang kali terakhirnya meletus pada tahun 1969. Masih aktif, dan wallahualam bila pulak ianya nak meletup lagi. Kat sini bau sulfur agak kuat. Sape tak tahan tu elok lah pakai mask.

Berhati-hatilah dengan penjual di Tangkuban Parahu ini kerana mereka menjual dengan mencekik darah. Ade ke patut 2 biji fridge magnet dorang bukak harga 100K(RM37)?? Mintak kurang 30K pon tak dapat..Selagi tak beli, selagi tu la dorang sume duk keliling kita. Nak amek gambo pon tak best, sebab dorang tunggu kita selesai amek gambo, pastu dorang mula lah jual barang kat kita.

Tangkuban Parahu ni memang cantik, tapi serious aku rimas btul ngan penjual. So, tak dapat nak amek banyak gambar kat sini.. 😦

Tengoklah mereka semua duk keliling kita..camne nak jalan dengan aman..

Tangkuban Parahu ni ada lagenda tersendiri, iaitu kisah Santuriang dan Dayang Sumbi. Sape nak tahu citer ni leh emel aku ye.. ahahhahha

Destinasi seterusnya adalah Sari Ater. Bak kata orang (kata aku sorang je kot), di mana ada gunung berapi, di situ lah ade kolam air panas. So Sari Ater Hot Spring adalah kolam air panas semulajadi yang airnya berasal dari Tangkuban Parahu ni. Tempat ni dijadikan tempat rekreasi, dengan bermacam-macam jenis kemudahan dan permainan disediakan kepada pengunjung. Tiket masuk Rp 16,000 saje.

Nak tembak hantu pak? Boleh aje..

Pengunjung di Sari Ater

Kat sini ramailah orang memandikan diri kat air panas ni. Aku sekadar celup-celup kaki dah la, bagi peluang kat makcik-makcik dan pakcik-pakcik ni berendam kaki. Air panas kat sini berbau sulfur, memang bagus untuk sesapa yang sakit kulit.

Airnya panas, berasap-asap lagi

Boleh pulak time tengah-tengah berendam kaki, datanglah mamat-mamat berbaju kuning yang menjual aiskrim. Konon-konon untuk dinginkan badan yang panas. Tapi mahal gile la aiskrim sampai Rp 15.000 (RM10) .. melampau btol. Tour guide kami dah pesan jangan beli, sbb kat kedai biasa baru Rp 3,000.

Lepas merendam kaki kat Sari Ater, kami dibawa makan kat Restoren Sunda, Balibu (Bawah Lima Bulan)..indonesian memang suka memendekkan ayat.. contohnya Bandara for Bandar Udara, Puskesmas for Pusat Kesihatan Masyarakat, Cemot for cewek motor..ahhahaa

Atuk dan nenek ni adalah couple tertua dalam rombongan kami. Atuk berumur 76 tahun, dan nenek berusia 71 tahun. Dalam usia macam tu, atuk ni bleh lagi pegi menoreh getah tiap-tiap hari. Bukan sekali aku bersama-sama melancong ngan dorang ni, rasanya dah 3 4 kali jugak lah. Dorang ni masih kuat berjalan, kemana-mana juga selalu berdua. So lovely kan?

Budak di atas ni namanya Udin, memang dari hari pertama lagi asyik mengikut bas kitorang. Pagi-pagi lagi dia dah tunggu di luar hotel. Tak putus asa tuuu.. sampai ke petang.

“Ibu..tolong Udin, Udin belom pecah telur lagi”

Istilah “pecah telur” biasa digunakan oleh penjual-penjual di Bandung (or seluruh Indonesia? – tak pasti). Sape yang menjadi pelanggan pertama dipercayai akan membawa tuah pada mereka untuk sepanjang hari tersebut. So, sape nak soping elok pegi pagi2 time dorang blom “pecah telur” lagi. Masa tu kita leh tawar hingga 70%.

Destinasi akhir hari ke-2 adalah Cibaduyut yang sangat terkenal dengan hasil barangan kulit seperti kasut, beg dan lain-lain. Aku x amek gambo langsung kat sini, sibuk melayan kedai-kedai. Sempat juga menyambar dua helai baju untuk diri sendiri.

Selesai makan malam, kami pulang ke hotel. Esok harinya kena checkout untuk meneruskan perjalanan ke Jakarta.

Promo lagi untuk kengkawan,

…is coming really soon..

Advertisements
Comments
  1. aienull says:

    haha..mamat2 kat tangkuban perahu tu x knal pnat..memujuk org mengekor smpi ke lubang cacing semut sume..sy bli byk brg dgn dieorg sbb sian dieorg tlg amik gamba.,tlg jd pemandu pelancong..tp dpt murah sbb mintak smpi dpt..tp MIL sy ttipo jugak..bli keychain mahal gile.
    opss terpanjang plak.wat mcm blog sendiri

  2. janji2hati says:

    Aienull.. u nak komen sepanjang mana pon takpe..buat je mcm blog sendiri.. memang le kesian masalahnya kalo beli kat sorang..berderet lagi muncul..hehe keychain Bandung serius mahal! tak beli sebijik pon..

  3. Aienull says:

    hihih..:”> keychain i x bli kat tangkuban perahu.i bli beg rabbit tu ;p i bli keychain kat org2 tepi jln gak..murah jugak.dpt sebijik keychain 38sen;p

  4. janji2hati says:

    hehe.. dpt cari yg murah tu kira ok lah…nape ntah kitorg tak jumpe org yg jual murah..maybe sbb kitorg gi ngan travel agency kot.. sbb tu kena bantai kaw-kaw.
    nak pi lagi lah..x puas ari tu..kat Bandung 2 hari je… πŸ˜€

  5. Myself says:

    org nk ikuttttttttttttttttttt

  6. janji2hati says:

    okey bebeh, next time kita pegi ye… SKT taun depan.

  7. Myself says:

    tahun ni g Beijing. Comfirmmmmmmmmmmmmm

  8. janji2hati says:

    yess..pastu kita sama2 buat entry kat blog ye πŸ˜€

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s