— Bali: Hari 4 —

Posted: December 11, 2009 in Bali, Indonesia, Vacation

Hari ke empat merupakan hari paling best di Bali. Save the best for last la konon.

Breakfast at White Rose Hotel

Kami makan yang kering-kering aje kerana hotel ini tidak halalan toyyiba. Ada serve pork untuk bekpes.

Cornflakes dan susu

Roti bakar + jem + honey

Jus Oren dan Guava

Watersports di Tanjung Benoa

Tempat bagi yang sukakan aktiviti lasak di air. Tanjung Benoa terletak di Provinsi Nusa Dua. Kat sini banyak hotel bertaraf 5 bintang yang didirikan di tepi pantai ni.

Antara sukan air yang boleh dicuba ialah parasailing, banana boat, jet ski, flying fish, speed boat dan lain-lain. Disebabkan dah hari ke-4, duit pon dah tinggal sikit.. kami hanya ambil 2 pakej saje iaitu Jet Ski dan Boat ke Pulau Penyu. Banana boat diberi percuma oleh travel agency.

Bersedia untuk banana boat

Dah nak bertolak

Bye-bye

Dah sampai.. alhamdulillah selamat

Harga jet ski Rp 175000 seorang (lebih kurang RM62) untuk pusing-pusing sekitar 20 minit. Mahal gak kan? HuBBy naik sorang sebab aku tak reti bawak jet ski. Banyak bot tengah laut plak tu, kang ade jugak yang eksiden.

Baru nak bertolak

Hav fun!

Dah sampai dah

Melawat Pulau Penyu

Pulau Penyu merupakan tempat pelancongan yang sebenarnya tempat pembiakan penyu. Kalau nak pi sana kena naik bot dari Tanjong Benoa. Harga Rp 350 000 (lebih kurang RM 120) untuk satu bot. Sebelum ke Pulau Penyu kami dibawa ke tengah laut untuk tengok coral dan bagi ikan makan. Bot yang kami naik ialah glass bottom boat, bleh nampak coral dari dalam boat aje, takyah dive pon.

Ikan berebut roti

Glass bottom boat. Leh nampak coral.

Kami tengok coral dan bagi ikan makan dalam 20 minit, lepas tu kami terus bertolak ke Pulau Penyu. Jauhnya 20 minit dari Tanjung Benoa.

Bila dah sampai sana, banyak penyu menanti. Penyu-penyu ni dijaga untuk tujuan pembiakan. Maklumlah dah nak pupus kan. Penyu yang paling tua kat sini umurnya 80 taun. Yang aku pegang tu baru 8 bulan. Penyu kat sini jinak-jinak belaka. Nampak je orang datang kat dia, mulalah dia nak bermanja-manja. Nak suruh kita pegang² dia.

Selain penyu ni .. ada jugak binatang lain macam iguana, burung-burung, kelawar dan ular. Pelancong boleh la bergambar dengan haiwan² ni percuma saje. Tapi lepas tu, kalau kita nak bagi donation pun boleh. Tujuannya untuk haiwan² ni lah.

Lunch di Nusa Dua

Lepas penat bermain di pantai, kami makan tengah hari di Nusa Dua (tak ingat nama restoran). Menu hari ni pelik la pulak.

Sup Ikan

Nasi, Bebek Crispy. Kopok Udang dan Megi Goreng sikit

Kuih gulung

Depan restoran

Bebek Crispy tu itik crispy sebenarnya. Itik ni diperap dengan rempah-rempah selama 12 jam, kemudian digoreng. Tapi aku tak makan itik, so aku serahkan segalanya kepada mr. huBBy.

Galuh Bali Spa

Tak lengkap kunjungan ke Bali kalo tak pegi ke spa. Setelah 4 hari kami menjelajah bumi Bali, dan penat berjalan, mendaki itu dan ini.. tibalah masa untuk memanjakan diri pulak. Aku amek full body spa dengan harga Rp 340 000 (lebih kurang RM120) untuk rawatan 2 jam iaitu body and foot massage, lulur, scrub, floral milk bath dan body lotion.

Bilik-bilik rawatan

Gadis spa

Bilik rawatan untuk couple. Setiap bilik ada bath tub dan shower.

Bath tub

Segar sangat lepas spa

Cuba lah ..

Tempat ni tour guide kami yang suggest, memang privacy dan sesuai sangat nak merehatkan minda.

Garuda Wisnu Kencana (GWK)

GWK merupakan tempat lawatan pelancongan yang belum siap sepenuhnya tapi dah dibuka kepada orang ramai. Tempat ni mula dibangunkan pada tahun 1998 tapi sampai sekarang pun tak siap-siap lagi, tak cukup fund katanya. Kalo tak cukup fund, macam mana bleh mula kerja eh? Kata tour guide lagi, banyak sangat masalah.. antaranya masalah dengan orang kampung yang tanak serah tanah mereka.

Sebenarnya mengikut perancangan kat sini akan dibangunkan sebuah monumen yang besar yang hamat, seekor garuda ditunggang oleh Wisnu. Tapi setakat ni yang siap hanyalah kepala Wisnu, kepala Garuda dan tangan Wisnu sahaja.

Kepala Wisnu kat atas sana

Kepala Wisnu ni saja dah setinggi 22 meter. So bayangkanlah bila dah siap nanti. Anggota badan ni dibina asing-asing, dan dibuat di Bandung.

Sepatutnya bila dah siap akan jadi macam ni.

Ni kepala Garuda pulak

Simbolik Garuda secara keseluruhannya menggambarkan negara Indonesia. Tapi bagi masyarakat Bali sendiri, mereka percaya Garuda itu merupakan pengangkutan Tuhan Wisnu. Tu pasal la Wisnu menunggang Garuda tu.

Ntah bila nak siap, sebab dah lebih 10 taun pun macam ni je.

Pura Uluwatu

Pura Uluwatu merupakan pura terakhir dalam destinasi percutian kali ni. After this, no more pura lagi.

Dari awal lagi pengunjung dah diingatkan jangan pakai spec, rantai. subang or wateva yang tergantung-gantung sebab kat sini banyak sangat monyet nakal.

Warning at the entrance. Tapi kalo yang memang pakai spec camane eh?

Masa amek gambar ni punyalah mata melilau sbb kiri kanan banyak monyet macam tengah standby je nak terkam kita.

Pura ni letaknya di lereng bukit, berlatarbelakangkan lautan Hindi. Tak banyak gambar boleh di ambil kat sini, takut kamera kena rampas ngan monyet. Even tour guide kitorang pun siap bawak kayu, nak halau monyet.

Terpaksa tarik tudung, member kat belakang tu dah usha semacam. Tak pasal-pasal kang hilang tudung.

Masa ni ada satu kumpulan pelancong tu habis botol air, spec, kamera dan rantai kena tarik ngan monyet. Ada budak-budak yang akan kejar monyet-monyet tu dan cuba dapatkan barang yang dicuri monyet. Tapi selalunya tak dapat amek. Monyet tu lari terus masuk dalam hutan. Monyet kat sini memang banyak gila ye, gambar-gambar ni diambil kat tempat yang agak-agak clear sket.

Dinner at Jimbaran

Kalo pegi Bali, wajiblah makan malam sambil menikmati sunset di Jimbaran. Kat sepanjang pantai ni ada banyak restoran, tapi restoran yang kami kunjungi namanya Melasti Kedonganan.

Tengoklah susunan meja kat tepi pantai, memang romentik giler aaa……

Pukul 5.30 petang

Gedik tak gambar macam ni.. siap bunga kat sunglasses..ahahaha

Menunya..of coz la seafood.

Sup telur untuk appetizer

Ikan bakar nyum nyum

Udang, sotong dan.. ape tu eh.. Lala ke?

Air kelapa

Sayur kangkung…kot?

Masa mulanya sunset sekitar 6.10 petang, semua orang macam terdiam je kat situ. Terpegun la kan. Sume amek kamera dan mula snap gambar sunset. Ye, aku tak terkecuali.

Lebih kurang 6.00 petang

Laut pun dah mula jadi merah

Sunset di Jimbaran. Best dinner ever in Bali.

Bye – bye sun!

Masa matahari dah nak terbenam tu, ramailah couple yang menyatakan rasa cinta la bagai kat pasangan masing-masing. Ramai yang berlari ke pantai untuk bergambar, bercium dan sebagainya. Ikut sukati depa la kan. Aku capture every minutes of sunset, tapi taklah tepek sume kat sini kang jadi album pulak blog aku ni kan.

Us @ Jimbaran

Makan bertemankan cahaya lilin

I would totally recommend this place to people who wanna come to Bali. Datanglah dan korang mesti terpesona. Lain kali kalo aku pegi Bali lagi, aku akan datang ke sini lagi.

So, berakhirlah malam terakhir kami di Bali. Seperti biasa, waktu nak balik je dah rasa tak best.

To be continued: Day 5 – Last Day

Advertisements
Comments
  1. Myself says:

    uiiiiiiiii.. tu apesal gambo terkangkang tu maz… excited lebih hehehe

    mmg best le percutian camtu.. nnt i p, u jd tourist guide i k.. tp tambang byr sendirila hehehe

    eh main banana tu tk basah ker? mcm aci.. kt PD pun ada

  2. Myself says:

    apa kaitan kaki ngan pasir jerlus…

  3. Anak Apak says:

    so romantik time tgk sunset tuh… ait!! paut2 nampak!!!

  4. janji2hati says:

    Myself,
    sebab pasir jerlus la smpai terkangkang tu.. ahahhaa..

    Anak Apak,
    Eh mana de.. coba tgk betul².. 😀

  5. Daus says:

    So Shcweetttttt xoxoxoxo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s