— Bali: Hari 3 —

Posted: December 9, 2009 in Bali, Indonesia, Vacation

Tengok Dolphin di Lovina

Pukul 5.30 pagi. Air surut

Kami bangun pagi jam 5.00 untuk tengok dolphin. Pukul 5.30 pagi kami dibawa di tepi pantai di mana bot sudah menunggu kami untuk membawa kami ke tengah laut.

Bot bersayap

Mulanya aku tgk bot ni macam horror la pulak. Macam tak selamat je. Apa lagi takde life jacket dibekalkan. Boleh ke bot camni sampai ke tengah laut eh?

Sempat tengok sunrise

Sampai je kat tengah laut (lebih kurang 40 minit naik bot dari pantai), bot kami berhenti. Lama juga kami menunggu.. dolphin tak kelihatan. hingga kami berputus asa dan ingin beransur pulang. Kecewa btol la kan, bot pun dah berpatah balik menuju ke pantai.

Tiba-tiba sekumpulan dolphin melompat-lompat tak jauh dari kami. Segera tokey bot menukar arah dan terus menuju ke dolphin.

Akhirnya dolphin tahu kami datang dari jauh semata-mata nak tgk mereka. Aku cuba snap gambar tapi pergerakan mereka agak cepat. Mana yang sempat je lah. Sekejap mereka lompat dan kemudian hilang. Tak tahu bila dan di mana mereka nak muncul semula.

Tu diaaaa.. jauh sangat

Lepas pulang dari tengok dolphin, kami pun bersarapan. Kami makan roti berkeping-keping kerana kelaparan sangat.

Git Git Waterfall

Sebelum check-out

Kami check-out dari hotel dan menuju ke Kuta. Sebelum tu singgah ke Git Git Waterfall untuk menyejukkan badan sebentar. Bukan untuk pegi mandi, tapi merehatkan minda dengan deruan air terjun yang ketinggiannya lebih kurang 50 meter. Maklumlah tadi kat Lovina panas sangat!

Nak pegi ke waterfall ni bukannya semudah yang disangka. Mencabar betul nak kena turun naik gunung.. siap lalu kat kawasan padi bukit dan kedai-kedai di kiri dan kanan di mana penjualnya memujuk-mujuk kita supaya membeli.

Maintain je padahal tengah tercungap-cungap mendaki

Padi bukit tapi kering kontang

Biasa la aksi menggedik mesti ado

Perjalanan nak turun ke waterfall tu adalah dalam 20 minit. Bila sampai rasa lega sangat dan sejukkk gila. Lama jugak kami lepak di sini sebelum naik dan turun gunung semula untuk balik ke tempat parking.

Ulun Danu Beratan

Semalam dah pegi 2 temple, hari ni kami pegi lagi temple. Nama temple ni Pura Ulun Danu Beratan. Kalo hari sebelumnya kami pegi Pura Ulun Danu Batur yang mana letaknya di tepi tasik Batur, Ulun Danu Beratan ni pulak letaknya di tepi tasik Beratan.

Pintu masuk ke Pura

Pura ni memang cantik, berlatarbelakangkan gunung dan tasik..macam konsep temple dalam taman la pulak. Sebab tu lah Pura Ulun Danu Beratan ni diabadikan dalam duit 50000 Rupiah Indonesia.

Pura ni samalah macam Pura Ulun Danu Beratan tu, tujuannya untuk Dewa Danau. Pura ni boleh lihat dari luar je, takleh masuk ke dalam. Jadi kami jalan-jalan je di sekitar pura sambil bergambar seperti hero dan heroin hindustan.

Lunch at Labhagga

Boleh call kalo nak order

Kami lunch kat restoran Labhagga Pacung. Dah hari ketiga barulah aku jumpa orang Malaysia. Oleh kerana ramai orang Malaysia, aku pun tak was-was ngan restoran ni. Jadi kami balas dendam makan nasi bertambah pinggan.

Makan di atas bukit

C’est Magnifique!

Dekorasi dalam kedai

Restoran ni memang cantik sangat. Terletak di lereng bukit je. Pemandangan padi bukit menghijau, Subhanallah..

Gambar makanan takdek sbb terlupa nak ambik. Hehehe..

Pura Tanah Lot dan Batu Bolong

Pura lagi. Antara Pura yang paling terkenal di Bali, iaitu Pura Tanah Lot dan Pura Batu Bolong. Kedua2nya berdekatan aje, semuanya di tepi laut. Of coz la untuk menyembah Dewa Laut.

Pura Batu Bolong maknanya Batu Berlubang

Pura Tanah Lot pun dah berusia ratusan tahun. Kalo air pasang, nampak seperti Pura ni berada di tengah laut. Tapi masa aku kat sana, air tengah surut.

Ramai orang turun tapi aku malas. Penat dan panas.

Pura Tanah Lot

Pura ni takleh masuk kat dalam. Jadi kami tengok dari kejauhan saje. Nak citer banyak pun takleh, sbb rasanya sama je dengan Pura yang lain-lain.

White Rose Hotel, Kuta

Kali ni kami bermalam di Hotel White Rose atau Hotel Mawar Putih di Kuta. Perjalanan dari Tanah Lot ke Kuta memakan masa lebih kurang satu jam. Kuta ni mmg tumpuan pelancong sebab kedudukannya berhampiran pantai dan banyak kemudahan disediakan untuk pelancong.

Kat sini memang happening, ramai sangat orang. Berbeza betul dibandingkan dengan 2 hari yang lepas.

Lobby hotel

Bilik Kami

Dinner kat Restoran Sederhana

Dinner di Restoran Minang Sederhana, kat area Kuta. Memang sedap bila dapat makanan pedas. Percayalah habis kami kerjakan semua lauk yang ado.


Teh Tarik memang dari Malaysia ehh?

Lepas makan, pak supir bawak kami jalan-jalan sekitar Kuta. Tapi oleh kerana penat sangat travel dari pagi, aku mintak balik awal nak berehat. Dah sakit kepala sebenarnya, nak tido.

Berjalan malam di Jalan Legian

Jalan Legian, Kuta merupakan tempat tumpuan pelancong yang datang ke Bali. Di sepanjang jalan terdapat banyak kedai,pub, restoran dan sebagainya yang menjadi kunjungan para pelancong sehingga lewat malam.

Di tapak pengeboman kini terbina sebuah monumen untuk memperingati mangsa yang terkorban. Walaupun 7 tahun telah berlalu, nampaknya kisah ini masih menjadi igauan ngeri setiap orang yang datang ke sini.

Selandia Baru tu New Zealand rupanya..hehe

The Prayer

Di sini aku telah terjebak di kedai DVD dan telah terbeli DVD movie dengan harga amat murah. 10000 Rp sekeping (lebih kurang RM3.60). Beli 5 free 2. hehehe…

Hasil tangkapan

Maka tamatlah perjalanan kami hari ni. Bersambung pulak perjalanan hari ke – 4, yang palinggggg best!

Advertisements
Comments
  1. Daus says:

    nak lagiiiiiiiiiii

  2. janji2hati says:

    Ko dera aku ye Daus.. ahahhah
    Nanti aku paksa ko tulis citer pasal Korea plak lepas ko balik nanti..

  3. Myself says:

    oitttt… takde beli citer korea ker? nyesal tk pesan

  4. janji2hati says:

    citer korea takde laaaaa.. kalo ade dah lama i beli ok…

  5. Myself says:

    oh tkde ek… apesal kwn2 i kata murah kt sana n byk…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s