— Bali: Hari 2 —

Posted: December 8, 2009 in Bali, Indonesia, Vacation

Sambungan dari hari pertama.

Gunung Batur dan Danau Batur

Kami bangun pukul 5 pagi untuk solat subuh, kemudiannya bersiap untuk bersarapan. Pukul 6.30 pagi kami dah dapat melihat Gunung Batur yang dari semalam kami nantikan. Akhirnya muncul jua. Subhanallah, saujana mata memandang.

Gunung Batur pukul 6.30 pagi

Ada asap kuar dari kawahnya..

Jangan melepaskan peluang bergambar

Kat kaki gunung ada sebuah tasik. Namanya Danau Batur. Ada 4 buah tasik semuanya di Pulau Bali ini dan Danau Batur adalah tasik yang terbesar.

Danau Batur pukul 6.30 pagi. Ada kabus-kabus…

Danau Batur pukul 12 tengah hari

Lepas amek gambar tu sumer, kami bersarapan di hotel. Lepas sarapan, bermula lah aktiviti kami seterusnya. Menuju ke Toya Devasya!

Nasi Goreng, Telur Goreng dan Penkek (Lempeng je sebenarnya)

Sesaji/Servings for God


Dalam perjalanan ke Toya Devasya, pak supir tiba-tiba berhenti di tengah jalan dan membeli sesaji seperti dalam gambar tu. Sesaji ni macam pemberian kepada Tuhan, dan dilakukan setiap hari. Diperbuat dari daun kelapa, di dalamnya diisi macam-macam, yang utama biasanya bunga, daun pandan (mcm bunga rampai) dan lain-lain. Ada juga yang letak biskut atau coklat. Ada skali tu aku nampak ada yang letak waffle, jagung dan keropok. Kalau ada perayaan besar, selalunya sesaji diletak dalam bakul besar dan diisi buah, daging dan lain-lain untuk dipersembahkan kepada Tuhan mereka di temple. Sesaji ni akan dijumpai di merata-rata tempat di Bali, hatta di tengah-tengah jalan sekalipun.

Toya Devasya

Mula-mula dengar nama Toya Devasya, aku haram tak dpt fikir ape kejadahnya Toya Devasya ni. Dalam itenary pon tak sebut ape kebendanya. Tour guide pulak buat suprise la konon, tapi serius mula-mula aku ingat si Toya ni temple. Rupanya bukan.

Toya Devasya : Resort and Spa

Spa? Adakah aku pergi ke spa? Oh no baru hari ke 2 takkan dah pegi spa kan? Aku dah musykil dah. Bila sampai je sana, ada swimming pool. Patut lah tour guide suh kitorg bawak baju lebih. Tapi setakat swimming pool kat Mesia pun melambak.

Yeah.. sape yg main terjah je mesti terkejut sbb airnya panas

Sebenarnya swimming pool ni bukan swimming pool biasa. Airnya panas dong! Rupanya Toya Devasya ni adalah tempat hot spring di mana hot spring itu berasal dari Gunung Batur tadi. Airnya di tapis di sini tapi tahap kepanasannya dikekalkan dan tempat ni dibuat cantik-cantik, ada resort dan spa juga.

Air yang mengalir tu memang panas gile. Tak sanggup aku duk kat bawah tu

Kitorang datang awal, so takdek orang lagi

Aku terdorong untuk mendorong pintu ini

Changing room yang bersih dan penuh bunga. Macam spa.

Memang relax betul berendam kat sini. Dapat menghilangkan kepenatan perjalanan yang jauh. Hampir 2 jam kami berendam sehinggalah sampai satu keluarga dari Australia, kami pun blah.

Pura Tirtha Empul

Perjalanan diteruskan ke Pura Tirtha Empul. Pura maksudnya temple. Pura ini dibina untuk menyembah Tuhan Indra. Kebetulan hari kami datang ke sini waktu bulan mengambang. Jadi kat Pura ni ada upacara keagamaan. Seolah-olah hari penyucian jiwa.

Pura ni adalah National Temple, so semua orang boleh masuk tak kira lah dari daerah mana pun. Tak semua Pura di Bali boleh dikunjungi, terutamanya yang berada di sesebuah kampung. Pura yang dibina oleh penduduk kampung tu hanya boleh dikunjungi oleh penduduk kampung tu saje.

Mula-mula dorg akan sembahyang kat bawah pokok beringin

Pohon beringin adalah pohon suci di Bali. Setiap pohon beringin akan didirikan temple kecil, dan batang pokok akan dililit kain berwarna hitam dan putih. Pohon ni tak akan ditebang. Tak kira lah baper ratus tahun umur pokok ni, tetap tak akan ditebang sehinggalah ianya mati sendiri.

Tirtha maksudnya mata air dan Empul maksudnya menyembur dari tanah. So sebab tu dinamakan Tirtha Empul. Pura ni satu-satunya yang ada kolam mata air, lantas mata air ni dianggap suci dan penganut di sini akan mandi di pancuran mata air ni untuk tujuan penyucian diri sewaktu bulan mengambang.

Masa aku sampai, memang beratus orang tengah beratur nak mandi di kolam suci ni. Tapi asal mata air bukan disini. Air dalam kolam ni disalurkan dari tempat asal mata air tu. Kat sini ada beberapa pancuran air, so dorang akan mandi di setiap pancuran tu bermula dari kiri ke kanan sampai akhir.

Lepas sembahyang kat pokok beringin, dorang akan mandi kat sini

Tunggu turn ye pak

Gile panjang barisan..beratur dengan sabar..

Sampai kat depan je berebut-rebut la pulak

Papan tanda perkenan masuk

Sumber mata air

Kat sini la sebenarnya sumber mata air yang depa duk berebut-rebut nak mandi tadi. Memang boleh nampak air menyembur-nyembur keluar dr tanah. Mata air ni dah wujud sejak tahun 960M dan airnya tak penah surut. Duk tang tu jugak.

Yang hitam-hitam tu sumber mata airnya menyembur keluar dari tanah

Lepas dah mandi tadi tu, kena sembahyang kat sini pulak. Tak kira hujan ke panas, dorang akan tetap sembahyang. Cuaca masa ni memang panas gile ok, aku pun nak naik pening.

Upacara sembahyang

Kalau nak masuk sini kena pakai kain ikat pinggang. So pakai je lah. Mula-mula tanak jugak aku masuk tempat jin bertendang ni, tapi laki aku relax je. Aku pun masuk lah. Niat nak tengok je, bukan nak join skali. Lagipun senibina temple ni memang cantik dan sangat halus.

Dalam Pura

Luar Pura

Ladang Kopi

Balik dari Pura Tirtha Empul, kami singgah di Ladang Kopi. Kopi yang paling femes di Bali adalah Kopi Luwak. Luwak adalah sejenis binatang macam kucing hutan (maybe kucing hutan kot) yang memakan biji-biji kopi yang terbaik dari pokok kopi. Lepas tu Luwak tu akan poo-poo biji kopi tersebut. Biji kopi tu akan dikutip, dibuang kulit dan di goreng wat so eva until jadik kopi. Harganya mahal ya ampun, so aku tak beli. Lagipun takdek selera aku nak beli selepas mengetahui cara ianya diproses.

Shopping kopi

Kat sini dorg bagi minum kopi free. Aku tak minum kopi so aku mintak koko free..ahahhaha..lepas minum2, soping2 sket pastu balik ke hotel untuk check-out dan menuju ke destinasi seterusnya.

Last pose from coffee plantation

Pura Ulun Danu Batur

Selepas check-out dari Lakeview Hotel, kami berangkat ke Lovina. Lovina ni letaknya di utara Bali, betul-betul di tepi laut.

Dalam perjalanan, kami di bawa ke Pura Ulun Danu Batur. Kalo Pura Tirtha Empul tu tadi dibina utk menyembah Tuhan Indra, Pura ni pulak dibina untuk Dewi Danu (Dewa Danau or Tasik) Batur, tasik yang dikaki Gunung Batur.

Salah satu pintu masuk

Nak kata langkah kanan pon tak jugak lah kan, tapi kat sini pun ada persiapan untuk upacara korban cara dorang lah. Dorang pun ado korban gak ok.

Sangkar-sangkar seperti dalam gambo di bawah akan digunakan untuk mengisi buah-buahan dan binatang-binatang ternakan seperti lembu, kerbau, vavi, ayam, itik dan sebagainya. Masa upacara korban tu, sebahagian sangkar ni akan dibawa ke gunung berapi dan sebahagian lagi di bawa ke danau. Lepas tu sangkar2 ni akan dicampakkan ke kawah gunung berapi dan juga ditenggelamkan ke dasar danau.

*Aku rasa kesian kepada ayam, itik, lembu dan kerbau yang menggelupur dalam air dan gunung berapi tu. Tak dapat dibayangkan.

Menunggu untuk diisi

Kat sini peraturannya kena pakai sarung la pulak. Hantam la labu, jangan sampai kena bukak baju sudah.

Pintu rumah orang Bali menyerupai pintu Pura. Hampir semua umah kat Bali buat pintu camni. Tapi tak lah sebesar ni. Agak-agak la sesuai ngan umahnya.

Aditya Lovina Beach Resort

Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Lovina pukul 5.oo petang. Resort ni tepi pantai. Simple je tapi bersih dan kemas. Kami check-in dan berehat sebentar.

Depan bilik 154

Bilik simple

Tengah-tengah berehat, tiba-tiba blackout pulak. Spoil betul la kan. Ingatkan sekejap je, dekat sejam pun takde letrik lagi. Kami dah mula panas dan decide utk keluar berjalan di tepi pantai.

Lovina Beach

Sepanjang pantai Lovina ramai orang bermandi manda, tapi aku takde feel nak mandi laut. Kami berjalan menyusur pantai sambil tengok-tengok orang.

Fhewiittt

Dinner at Lovina

Malam hari kami makan di cafe kat hotel je. Memandangkan aku was-was je ngan cafe ni, jadi aku tak order daging/ayam.

Dah dua hari kat sini, aku tak nampak sorang pun warga Malaysia. 😦

Dah 2 hari tak makan pedas, aku dah mula mengidam masak lemak.

Sup telur je

Nasik, ikan dan sayur. Syukur atas rezeki yang ado.

Dah habis makan pun still blackout lagi. Aku macam dah hangin je kan, lalu terus bertanya kepada waiter kat cafe tu. Rupanya memang setiap malam dorang blackout disebabkan pencawang letrik kat Jawa meletup. Oleh kerana letrik kat Bali di salurkan dari Jawa, so setiap malam selama 3 jam seluruh Lovina akan bergelap untuk beri peluang kepada penduduk lain pulak dapat bekalan letrik. Dorang ckp dah 3 minggu mcm tu. Mak aiihh takkan lama sgt nak betulkan pencawang?

Kami lepak lama juga kat cafe .. tengok2 pelancong mabuk-mabuk. Tak lama lepas tu, letrik pon dah ada semula. Kami pun balik ke bilik.

Rasa heaven btol dapat mandi bunga

Mandi air panas untuk menyegarkan diri dan menambahkan tenaga untuk hari ke 3 yang juga agak mencabar.

To be continued.

Advertisements
Comments
  1. gadis notts says:

    cantik betul gambar2 tu maz! teringin nak gi bali ler pulak. tapi bila tu?

    i like the pool panas!

  2. Anak Apak says:

    info amat2 detail dah macam tourist guide… hahah…
    ok 3rd day plak…

  3. Myself says:

    betul tu… mandi pool panas mmg elok utk badan2 yg dh lemau nie… tp shoot gmbar pompuan seksi tu, seriau ler hehehe.. nsb baik jauh ek

  4. janji2hati says:

    pompuan sexy mmg banyak kat sana..ado yang pakai bikini aje pi soping kompleks. Mentang2 soping kompleks dekat je ngan pantai.. sabo je lah.

  5. Myself says:

    tu elok utk pmdgan mata c hero2 kt opis kite nie hehehe… terjegil bijik mata dieorg ek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s