— Bali: Hari 1 —

Posted: December 7, 2009 in Bali, Indonesia, Vacation

Percutian kali ni dah dirancang sejak Feb yang lepas. Tiketnya aku beli masa tengah promotion Air Asia. Tak la dapat murah sangat pon, tapi murah la jugak berbanding waktu2 lain.

Aku amek pakej from the Mountain to the Sea, maknanya sepanjang 5 hari kat sana kami akan berpindah randah dari gunung ke tepi laut pastu ke tengah bandar.

Keberangkatan ke Bali

Isi kad kuar masuk ke Indonesia

Perjalanan ke Bali memakan masa 3 jam, bertolak pukul 9.30 pagi. Sebab bosan sangat aku order makan: nasi lemak dan nasi goreng. Actually pre-order masa beli tiket ari tu.

Makanan di atas awan

Selepas 3 jam, pukul 12.30 tghari kami pun sampai di bumi Bali. Di Bali tiada perbezaan waktu dengan Malaysia, cuma matahari terbenam lebih awal, dalam pukul 6.10 ptg. Lebih kurang Sabah dan Sarawak. Cuaca aduhai panas gila, standard la pulau.

Sampai di Airport

Pak supir dan tour guide dah tunggu kami. Disambut dengan kalungan bunga jepun (kemboja). Kat sini pokok kemboja tanam kat kubur je, kat sana pulak bunga kemboja tu macam “welcoming flower”.

Terus di bawa ke tempat makan. Kali ni kami makan nasi padang. Oleh kerana penduduk di Bali 90% beragama Hindu, jadi agak susah nak cari makanan halal, maknanya restoran orang islam. Yang halal tu nasi padang je lah. Ada restoran yang claim mereka tu halal, sebab tak serve pork. Tapi tang daging tu betul ke cara sembelihnya, wallahualam.

Nasi padang dengan lauknya yang berbelas-belas pinggan

Kerajinan Perak di Celuk

Malam pertama, kitorg bermalam di Kintamani. Letaknya di utara Bali. Tempatnya di atas gunung, berhampiran dengan Gunung Batur, iaitu gunung berapi yang masih aktif. Kali terakhir meletupnya Batur adalah pada tahun 1963.

Perjalanan ke Kintamani mengambil masa 3 jam. Dalam perjalanan kami singgah di Celuk, tempat membuat aksesori silver.

Dah siap tapi belum polish

Timbangan silver, ada campuran copper juga dalam penghasilan aksesori

Cincin

Setiap rumah di sini ada kedai menjual barangan silver yang dihasilkan. Mereka buat kedai depan rumah, macam home industry gitu. Tapi kedai cantik la kan, sbb ramai pelancong datang. Rumah buruk pun takpe, orang tak datang.

Kraftangan di Ubud

Lepas melihat silver, kami dibawa ke kedai menjual kraftangan yang di buat oleh penduduk di Ubud ni. Kalo di Celuk terkenal dengan silvernya, kat Ubud pulak terkenal dengan handmade craft nya.

Kebanyakan barang yang dijual adalah kopi bali, sabun handmade (dari pelbagai jenis bunga), alatan spa (lulur, boreh, masker, massage oil dll), aromaterapi, baju, kain, keychain, ukiran kayu dan banyak lagi.

Aku pon mengambil kesempatan untuk berbelanja..

dan amik gamba

dan bergambar lagi dengan salesgirl di depan kedai

Kat sini pun sama macam kat Celuk, home industry. Kedai kat depan umah je.

Lakeview Hotel, Kintamani

Lepas melawat Celuk dan Ubud, kami pun sampai di Lakeview Hotel, Kintamani lebih kurang pukul 5.30ptg. Cuaca adoi sejuk yang amat. Ala-ala Cameron/Genting la gitu.

Kami dapat bilik menghadap Gunung Batur tu.. view memang marvellous!

Bilik ini sangat berunsur ke’bali’an

A see thru toilet!

View dari balkoni bilik. Berkabus sangat, nampak sikit-sikit je.

Oleh sebab kitorg sampai sana pun dah lewat, matahari pon dah terbenam kul 6.10 ptg, so tak dapek la kami tengok pemandangan Gunung Batur. Cuaca pulak mendung dan berkabus, yang nampak cuma Tasik Batur je, letaknya di kaki gunung Batur tu sendiri.

Dinner at Kintamani

Oleh kerana Kintamani ni kawasan pergunungan, jadi waktu malamnya sangat sunyi. Kedai pun takde. Bagi yang sukakan kedamaian dan ketenangan, elok sangat lah datang ke sini. Memang mendamaikan.

Kami makan malam di hotel saja. Mulanya aku musykil juga sebab restoran ni takde tanda halal, tapi disebabkan dorang claim dorang serve halal food, kami tawakal je lah.

Dinner kami malam tu:

Sup Cendawan

Nasi, kopok udang dan sayur-sayuran

Sayur campur

Ikan goreng, ayam goreng, satay dan telur goreng

Desert: Buah-buahan dan goreng pisang dicicah dengan madu

Jus limau nipis

Penat masih terasa, jadi malam tu kami tido awal kerana esok masih banyak aktiviti yang menanti kami.

Stay tuned.

Advertisements
Comments
  1. Daus says:

    i want more! i want more! i want more!!!

    sungguh mengujakan!

  2. Anak Apak says:

    wah!! syoknyer honeymoon… wah syoknya makanan…

  3. janji2hati says:

    honeymoon la selagi masih berdua.. hehehe..

  4. Myself says:

    mmg betul honeymoon la.. bilik mandi pon tk kalis peluru kekeke

  5. janji2hati says:

    ye la.. sexy gitu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s